Friday, October 12, 2012

AP kelapa sawit menyebabkan rantaian bekalan tergendala dan harga CPO jatuh

Keadilan menggesa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk mengambil tindakan segera untuk menamatkan AP Minyak Sawit. Sistem AP memang tidak boleh diguna pakai kerana ianya boleh disalahgunakan dengan pemberian kuota kepada kroni dan ini akan memberi kesan negatif kepada harga pasaran CPO (price distortion).

Kementerian mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya syarikat penapisan minyak sawit Malaysia boleh berdaya saing dengan Indonesia.
Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP Minyak Sawit.
Peningkatan AP Minyak Sawit ini bukan merupakan satu langkah yang bijak, tetapi telah memburukan lagi situasi yang sudah teruk. Ini disebabkan kebanyakkan kuota diberi kepada syarikat syarikat yang memang tak berupaya untuk menjual CPO.Penambahan 2 juta metrik tan CPO kepada pasaran yang sudah lembap telah gagal menarik minat pembeli-pembeli baru.
Menteri Tan Sri Benard Dompok minggu lalu memberi penerangan bahawa masih ada 2.5 juta metrik tan AP yang tak terjual. Malah penambahan AP ini telah menyebabkan satu situasi dimana CPO tidak dapat di hantar kepada pembeli kerana tangki-tangki minyak sawit di loji-loji penapisan dan pelabuhan-pelabuhan sudah sesak penuh dengan minyak kelapa sawit yang telah diproses, tetapi tak terjual.

Kesesakan logisitk ini telah merebak balik dari industri hilir ke hulu (downstream to upstream), dan menyebabkan rantaian bekalan lumpuh tersumbat (clogged supply chain). Kami juga menerima beberapa laporan dari pengusaha sawit bahawa tangki-tangki di kilang sawit (oil mill) kini sudah pun dekat penuh, dan pengeluar dan peneroka FFB (Fresh Fruit Bunch) dipaksa untuk menjual buah-buahan mereka kepada pengilang dengan harga murah dan dengan diskaun. Ramai pemerhati industri sawit juga percaya bahawa dasar penambahan 2 juta AP ini ini telah sedikit sebanyak menyebabkan kejatuhan harga CPO yang mendadak baru-baru ini.

Dasar AP ini adalah merupakan dasar yang tidak masuk akal. Dasar untuk memperkayakan kroni dengan AP tambahan telah merosakkan harga sawit dan akan menjejaskan ekonomi dan industri negara. Memandangkan harga minyak sawit terus menjunam, Kementerian harus mengambil tindakan yang wajar tanpa gangguan politik. Kalau Kementerian tak nak terima nasihat kami, saya syorkan Tun Dr Lim Keng Yaik beri tunjuk ajar kepada Kementerian.

Keadilan juga terus menggesa Kementerian untuk memberi jawapan rasmi sama ada senarai penerima AP adalah rahsia rasmi. Isu ini penting kerana baru-baru ini surat khabar The Edge melaporkan bahawa Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) telah menerima jawapan daripada Kementerian bahawa senarai itu adalah rahsia rasmi.

Jika Kementerian tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan, ia mesti membuat senarai ini terbuka kepada penelitian awam. Kementerian juga mesti mendedahkan jumlah kuota yang diperuntukkan bersama justifikasi penerimaan untuk setiap satu penerima.

No comments:

Post a Comment