Monday, April 11, 2011

Waspada dengan telur tiruan


Baru-baru ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur itu ke pejabat CAP.

Selepas diperiksa, CAP dapati memang benar telur itu mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae) dan bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur. Telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu dinasihat supaya mengawasi telur tiruan ketika hendak membeli telur.

Mengikut laporan itu, telur tiruan mengandungi bahan kimia. Cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur.

Sehubungan itu, cara mengenali telur tiruan iaitu selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur, cengkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara, apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur

gambar telur tiruan

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam-kosmo.